Skip to main content

Kaunseling

Kaunseling menurut Akta Kaunselor 1998 ialah satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip-prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional mengikut kod etika kaunseling bagi menghasilkan satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, perkembangan dan penyesuaian akan berterusan sepanjang hayat klien.

 

Manakala Kaunseling menurut Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), kaunseling sebagai satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

 

Bentuk Kaunseling

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Perkahwinan
  • Kaunseling Kerjaya

Nasihat

  • pengajaran/ tunjuk ajar untuk peringatan.
  • oleh sesiapa sahaja.
  • terdapat elemen tunjuk ajar.
  • diberi satu cadangan/ cara perlu dilaksanakan.
  • orang menasihat menawarkan/memasukkan nilai.
  • tiada elemen menilai potensi diri.

Bimbingan

  • pengawasan/ pengajaran berterusan.
  • membantu seseorang melakukan sesuatu.
  • boleh diberikan oleh sesiapa.
  • berbentuk arahan/ memberitahu bukan saranan.
  • tidak mengenali diri/ potensi dirinya.

Kaunseling

  • proses menolong yang profesional.
  • tujuan bantu individu memahami diri/ alam sekitar.
  • oleh kaunselor : latihan khusus.
  • klien diberi alternatif dan saranan-saranan.
  • meneroka dirinya/mengenal pasti potensi diri.